AKTIVITI 'ONLINE'




Ayuh, Kita Cabar Teknologi!

Teknologi moden merupakan satu jambatan yang mengutuhkan cabang-cabang pendidikan yang menjurus ke arah kemodenan dalam kehidupan seharian. Umumnya, penerapan teknologi telah bermula dari institusi kekeluargaan di rumah pelajar, di mana para pelajar berinteraksi menggunakan pelbagai aplikasi-aplikasi mudah alih dengan pantas dan berkesan.  

Dengan adanya taraf teknologi zaman kini, bidang pendidikan akan mengalami beberapa cabaran dalam perkongsian ilmu, keterbatasan liputan, pengurusan bahan-bahan PDPC serta kemahiran mengakses laman sesawang yang tertentu yang memerlukan pelbagai maklumat.

Oleh itu, kita haruslah mencabar teknologi untuk menjadi lebih maju dan setaraf dengan perkembangannya yang meluas. Terdapat banyak manfaat apabila kita menerokai teknologi dalam bidang pendidikan. Tinggi harapan para guru dalam penggunaan teknologi dalam pendidikan dan kita haruslah memaksimakan penggunaan teknologi untuk mengatasi kekangan dan menjadikan sesi pembelajaran menjadi lebih berkesan dan menarik untuk difahami. 

Berikut merupakan contoh-contoh aktiviti atas talian yang sesuai dijadikan sebagai panduan guru-guru untuk memvariasikan kaedah pengajaran agar lebih inovatif dan menarik. Semoga bermanfaat buat semua guru sekalian.


CONTOH-CONTOH AKTIVITI ATAS TALIAN 


QUIZBOT 

📌 Memandangkan PdPc kini semua nya berjalan secara atas talian satu perkongsian yang berguna yang ingin kami kongsikan kepada guru-guru bagi mempelbagaikan lagi kaedah pembelajran masing-masing iaitu dengan cara membina kuiz secara atas talian. Aktiviti ini sangat untuk sesi penilaian dalam pdpc yang dijalankan iaitu dengan hanya menggunakan aplikasi telegram sahaja. Dibawah merupakan langkah-langah penyediaan kuiz tersebut. Semoga bermanfaat.

Langkah pertama : Muat turun aplikasi telegram yang terkini.




Langkah kedua : Taip Quiz Bot di  carian atau search. Pilih simbol atau lambang yang berwarna biru.




Langkah ketiga : Kemudian akan keluar seperti gambar di bawah. Ikut sahaja arahan yang diberikan. 


Langkah keempat : Tekan create new quiz untuk bina kuiz baru.



Langkah kelima : Kemudian tulis tajuk kuiz anda. Contoh kuiz kilat " Konflik dalam adab persahabatan"



Langkah keenam : Apabila dah siap tulis tajuk serta arahan soalan barulah boleh mula buat soalan anda. Tekan create question untuk mulakan membina soalan anda. 


Langkah ketujuh : Satu soalan boleh buat 10 jawapan, jadi ikut kesesuaian tahap murid-murid anda. Jangan lupa hijaukan pilihan jawapan yang betul dan tekan create di sebelah atas kanan. 



Langkah kelapan : Jika anda ingin meletakkan gambar pada soalan hanya tekan sahaja simbol 🔗



Langkah kesembilan: Sebenarnya boleh sediakan seberapa banyak soalan yang anda mahu tiada limit. Untuk tutorial ni saya hanya sediakan 2 soalan je. Lepas dah siap semua soalan tekan /done. Kemudian pilih tempoh masa untuk murid jawab bagi 1 soalan. Kalau soalan senang tu set masa 1 minit je. Kalau soalan dah disusun ikut nombor, pilih NO untuk option shuffle questions.



Langkah terakhir:  Ok done! Quiz created. Boleh share dekat murid murid sama ada by group atau individu. Selamat mencuba!




QUIZLET

📌 Bosan dan remeh asyik gunakan kaedah flashcard secara manual je? Jom  kita cuba satu aplikasi yang dapat bantu anda buat flashcard secara digital dan lebih menyeronokkan. Tekan link dibawah untuk download dan mulakan flashcard anda sendiri. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Quizlet, anda boleh klik link yang disediakan 👇
🔗 quizlet.com





WHAT 2 LEARN
📌 Jika anda hendak variasikan teknik pengajaran anda, What 2 Learn adalah aplikasi yang tepat untuk anda melakukan aktiviti sambil belajar. Ia juga membantu untuk kemahiran KBAT murid kerana murid akan dapat melihat aplikasi pembelajaran dalam kehidupan seharian serta murid secara langsung akan berfikir secara aktif! Jom menarikan sesi PdP anda! 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai What 2 Learn, anda boleh klik link yang disediakan 👇
🔗 What2Learn




Classtools.net

📌 Dalam classtools.net ini pelbagai jenis kaedah dan aktiviti yang anda boleh cuba untuk menarik minat para pelajar di dalam kelas. Terdapat pelbagai aktiviti seperti spinner, crossword puzzle, Four Corners Games, Fakebook. Yang penting semuanya menarik untuk paparan! 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Classtools.net, anda boleh klik link yang disediakan 👇 
🔗 classtools.net




PLICKERS
📌 Plickers adalah alat penilaian yang dibuat oleh guru yang sedang mencari cara yang cepat dan mudah untuk memeriksa pemahaman pelajar. Alat penilaian ini ini membolehkan guru mempunyai data penilaian formatif tanpa perlu pelajar menggunakan peranti atau kertas dan pensel. Hanya mengimbas kad menggunakan smartphone. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Plickers, anda boleh klik link yang disediakan 👇
🔗 Plickers





CODEMONKEY
📌  Codemonkey adalah kurikulum berbentuk permainan terkemuka, menyeronokkan, intuitif dan menguji kreativiti guru serta pelajar untuk belajar membuat kod bagi permainan mereka sendiri. Guru boleh membina permainan sendiri dengan membuat kod mengikut kreativiti masing-masing. Ia boleh diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran di bahagian set induksi, aktiviti atau sebagai hiburan pelajar untuk bermain semasa selingan “take five”. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Codemonkey, anda boleh klik link yang disediakan 👇
🔗 codemonkey


  



TRIVIAMAKER
📌  TriviaMaker membolehkan para guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik serta menyeronokan. Aplikasi ini bukan hanya untuk virtual meeting sahaja, malah ia menyediakan pertunjukan permainan yang menarik minat pelajar dan membantu guru untuk membuat penilaian ke atas pelajarnya. Anda juga boleh menambahkan warna, soalan, logo dan pelbagai lagi!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai TriviaMaker, anda boleh klik link yang disediakan 👇
🔗  TriviaMaker


  


SCRATCH
📌 Dengan Scratch, anda dapat memprogramkan cerita, permainan dan animasi interaktif anda sendiri untuk membantu dari segi penyediaan set induksi, perkembangan pengajaran dan aktiviti PdP Pendidikan Moral. Aplikasi ini juga membantu pelajar untuk merangsang daya kreativiti, berfikir secara sistematik dan memahami konsep/isu moral dalam pengajaran. Selamat mencuba!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Scratch, anda boleh klik link yang disediakan 👇
🔗 Scratch


  



EDPUZZLE
📌 Ingin membuat video pengajaran yang menakjubkan dalam beberapa minit? Edpuzzle adalah “your missing piece”. Dengan aplikasi ini, anda boleh memilih pelbagai video yang tersedia (youtube) untuk digunakan semula atau memuat naik video pengajaran sendiri. Kemudian Edpuzzle menjanjikan video pengajaran anda menjadi sempurna dengan membenarkan suntingan soalan anda sendiri di dalam video untuk ditunjukkan kepada pelajar. Pelajar boleh menjawab soalan terus daripada video dengan menggunakan satu klik pada jawapan. Ia memastikan pelajar tidak ketinggalan dan memahami isi video dengan lebih baik. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Edpuzzle, anda boleh klik link yang disediakan 👇
🔗 edpuzzle.com





BRAINPOP
📌  BrainPOP adalah satu aplikasi yang terbaik bagi para guru khususnya pada guru Pend. Moral.  Aplikasi ini memberi kemudahan optimum kepada guru dengan penyusunan permainan pembelajaran, filem animasi, dan aktiviti yang menarik. Direka dengan kesesuaian pelajar mengikuti pembelajaran mereka dengan kaedah yang menarik dan unik. Pembelajaran yang mencabar minda, membuat perhubungan, menganalisis sesuatu isu atau dilema dan didorong oleh rasa ingin tahu yang mendalam. Meliputi pelbagai topik universal yang berkaitan dengan skop Pendidikan Moral.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai BrainPOP, anda boleh klik link yang disediakan 👇
🔗 BrainPOP








No comments:

Post a Comment

AKTIVITI 'OFFLINE'

"OFFLINE" atau di luar talian adalah salah satu inisiatif kaedah pembelajaran yang memungkinkan pengajaran dan pembelajaran berjal...

Pages