AKTIVITI 'OFFLINE'




"OFFLINE" atau di luar talian adalah salah satu inisiatif kaedah pembelajaran yang memungkinkan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih lancar walau dalam apa pun situasi bilik darjah yang sedang dikendalikan. Aktiviti di luar talian dicetuskan adalah kerana mengambil kira perihal sekolah-sekolah yang berada di kawasan pedalaman dan kurang akses internet serta mempunyai kekurangan kemudahan alat bantu mengajar yang memenuhi ciri-ciri ICT yang selaras. 

Oleh itu, di sini kami kemukakan aktiviti-aktiviti tersebut beserta arahan pelaksanaan yang teliti dan teratur mengikut keperluan dan kesesuaian para guru. Melaluinya besar harapan kami untuk para pendidik dipenuhi dengan informasi-informasi yang membina sekaligus mampu memartabatkan kualiti pendidikan secara telus. 

Berikut merupakan contoh-contoh aktiviti di luar talian yang sesuai dijadikan sebagai panduan guru-guru untuk memvariasikan kaedah pengajaran agar lebih inovatif dan menarik. Semoga bermanfaat buat semua guru sekalian.



CONTOH-CONTOH AKTIVITI "OFFLINE"


INSIDE-OUTSIDE CIRCLE

📌 Cara pelaksanaan aktiviti Inside-Outside Circle

1. Murid mencari pasangan masing-masing.
2. Murid membentuk dua bulatan iaitu satu di dalam (Bulatan 1) dan satu di luar (Bulatan 2).
3. Murid berdiri menghadap pasangan.
4. Guru memberikan soalan atau tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.
5. Murid dalam Bulatan 2 hanya menjawab dan rakannya hanya mendengar.
6.Murid memberikan pujian atau membetulkan jawapan rakan apabila dia telah selesai memberikan jawapan. 
7. Kemudian, murid bertukar peranan dengan soalan baru.
8. Akhir sekali, tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan.

    



FAN-N-PICK
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Fan-N-Pick

1. Setiap ahli mempunyai peranannya yang tersendiri.
2. Setiap peranan tersebut dimainkan secara bergilir-gilir.
       ðŸ‘¦ Pelajar 1 : Susun kad seperti kipas.
       ðŸ‘§ Pelajar 2 : Pilih kad dan bacakan soalan.
       ðŸ‘¦ Pelajar 3 : Jawab soalan.
       ðŸ‘§ Pelajar 4 : Beri respons dan pujian kepada jawapan rakan yang diberi.

 



MATCH-MINE
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Match-Mine :

1. Empat orang murid duduk dalam satu pasukan.
2. Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut.
3. Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .
4. Pelajar 1 mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1
5. Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1.
6. Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada kefahamannya dari arahan atau mesej yang disampaikan oleh Pelajar 1.
7. Pelajar 1 melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh hasil tersebut.
8. Kemudian kedua-duanya tukar peranan.

Mrs. Crouch on Twitter: "Have you tried @KaganOnline Match Mine ...




HOT SEAT
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Hot Seat :

1. Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian secara individu atau berkumpulan. 
2. Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi ‘pakar’ atau ‘watak’.
3. ‘Pakar’ atau “watak”ini akan menjawab semua soalan yang dikemukan oleh murid lain. 

Hot Seating | Drama Resource




LEARNING MODALITIES (GAYA PEMBELAJARAN)
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Learning Modalities :

1. Penggunaan gabungan pelbagai cara pembelajaran. Contohnya, kinestatik (pergerakan), visual (pendengaran). 
2. Pdpc melibatkan aktiviti yang mengikut kecenderungan murid di dalam kelas tersebut. 

Learning Methods, Learning Styles, Thinking Styles and Teaching ...  Kinesthetic, Visual, Auditory, Tactile, Oh My! What Are Learning ...




CAROUSEL
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Carousel :

1. Soalan ditampal/diletakkan di sekeliling bilik.
2. Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke satu soalan yang lain dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak.
3. Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan. Murid diminta berbincang atau menulis jawapan mereka dalam kertas.
4. Cara yang lain murid duduk dalam kumpulan dan soalan diedarkan mengikut pusingan jam atau anti pusingan jam.
5. Setiap kumpulan mesti berbincang dan menjawab semua soalan. 

 Classroom Management for Language Teachers: Principles and Strategies

Stripgenerator.com - Carousel Activity



ROTATING STATIONS (STESEN BERPUTAR)
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Rotating Stations :

1. Guru meletakkan kumpulan kecil di setiap stesen. 
2. Murid diberi masa 10 minit untuk menjawab topik yang telah ditentukan di setiap stesen. 
3. Apabila masa tamat, kumpulan itu akan bergerak ke stesen seterusnya sehinggalah semua kumpulan telah melalui semua stesen. 
4. Setiap kumpulan diberi pen warna yang berbeza untuk mencatat jawapan.

Station Rotation & Lab Rotation: Blended Learning Models | by ...


PETA-I-THINK
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Peta-I-Think :

1. Guru menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid di dalam kelas.
2. Peta minda tersebut telah diberikan oleh guru dengan jelas dan mempunyai langkah-langkah yang teratur untuk difahami.
3. Setiap pelajar dapat merujuk topik pembelajaran melalui peta-i-think yang telah diajar oleh guru.
4. Murid juga boleh menggunakannya untuk membuat sesuatu persembahan hasil kerja dalam bentuk grafik.

Peta i Think Syaz



GALLERY WALK 
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Gallery Walk :

1. Murid dalam bentuk kumpulan diberikan tugasan dan diminta untuk menyiapkannya sama ada dalam bentuk kertas mahjung atau sebagainya.
2. Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
3. Murid daripada kumpulan lain akan memberikan komen tentang hasil kerja kumpulan yang lain pada satu kertas kecik atau ‘sticker note’ dan menampal pada hasil kerja tersebut.



THINK-PAIR-SHARE
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Think-Pair-Share :

1. Guru mengemukakan soalan atau permasalahan situasi kepada ahli pasukan.
2. Setiap ahli diberikan masa untuk berfikir dan berbincang dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan.
3. Kesemua ahli pasukan tadi diminta berkongsi jawapan kepada permasalahan yang diberikan tadi kepada penyelesaian masalah.




ROLE PLAY
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Role Play :

1. Murid akan diberikan tanggungjawab atau amanah untuk memegang sesuatu peranan atau watak.
2. Murid akan diberikan situasi dan watak.
3. Murid diberikan masa untuk membuat persediaan.
4. Murid membuat persembahan dengan memainkan dan menjiwai peranan atau watak yang diberikan.



ROUND TABLE
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Round Table :

1. Murid diarahkan duduk dalam kumpulan setelah menemui kumpulan masing-masing.
2. Guru mengemukakan satu topik.
3. Secara bergilir, murid memberikan serta merncatatkan satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
4. Hasil tugasan akan dirujuk oleh guru dan dibentangkan.



I SEE, I THINK, I WONDER
📌 Cara pelaksanaan aktiviti I See, I Think, I Share :

Dengan menggunakan gambar atau objek murid diminta:
1. Menyenaraikan atau membincangkan apa yang mereka lihat (see)
2. Memikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan kehidupan seharian atau lain-lain perkara (think)
3. Bertanya akan soalan-soalan berkaitan apakah yang telah dipelajari sebelum ini (wonder)



PRESENTATION
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Presentation :

Persembahan murid dalam bentuk:
a. Lisan
b. Video
c. Power point/slaid
d. Pameran
e. Nyanyian
f. Tarian
g. Lakonan
h. Lain-lain yang kreatif

Guru boleh membuat penilaian dan memberikan maklum balas.




TEKA SILANG KATA
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Teka Silang Kata :

1. Guru boleh menguji minda pelajar dengan membuat aktiviti silang kata berdasarkan tajuk yang dipelajari.
2. Guru boleh menyediakan lampiran aktiviti teka silang kata untuk diagaihkan kepada pelajar.
3. Pelajar diminta mneyiapkan tugasan mengikut masa yang diberikan.
4. Setelah selesai, guru boleh membuat pembetulan disamping memberikan penerangan terus di dalam kelas sekiranya ada masa.



FREE DISCUSSION
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Free Discussion :

1. Dilakukan dalam kumpulan kecil.
2. Memerlukan guru atau murid yang berpengalaman sebagai pemudah cara kerana perbincangan sebegini tidak berstruktur.


TALKING CHIPS
📌 Cara pelaksanaan aktiviti Talking Chips :

1. Setiap ahli dalam kumpulan mesti meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberikan pendapat mereka.
2. Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberikan peluang untuk bercakap.










No comments:

Post a Comment

AKTIVITI 'OFFLINE'

"OFFLINE" atau di luar talian adalah salah satu inisiatif kaedah pembelajaran yang memungkinkan pengajaran dan pembelajaran berjal...

Pages