PENGENALAN



Merentas arus perkembangan era globalisasi yang semakin giat pada kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif baru dalam dunia pendidikan di Malaysia. Pada tahun 2014, KPM telah melaksanakan inisiatif baru dalam sistem pendidikan negara iaitu Pembelajaran abad ke-21 (PAK21). PAK21 yang diperkenalkan oleh pihak KPM ini merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. PAK21 menekankan beberapa elemen penting iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21.

Laman ini telah diusahakan sebagai salah satu projek khas dalam mata pelajaran Pembelajaran Berkhidmat oleh pelajar Major Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tujuan laman ini dibina bagi menjadikan salah satu laman rujukan buat bakal guru, guru-guru baru dan juga guru-guru yang telah berpengalaman bagi mendapatkan idea dalam proses pengajaran mata pelajaran Pendidikan Moral berlandaskan pendidikan abad ke 21 (PAK21). 

Selaras dengan tiga domain yang diperkenalkan dalam Pendidikan Moral iaitu Penaakulan, Emosi dan Perlakuan Moral. Diharapkan laman ini mampu membantu para guru mendapatkan ilham bagi meningkatkan tahap pencapaian domain moral dalam pengajaran dan pembelajaran. Laman ini menyediakan contoh-contoh aktiviti PAK21 yang dapat dilaksanakan secara atas talian dan pendekatan bersemuka, contoh Rancangan Pengajaran Harian guru pelatih UPSI, Platform video-video rangsangan pengajaran yang sesuai dijadikan set Induksi, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Moral dan Galeri bergambar hasil aktiviti yang telah dijalankan oleh pelajar UPSI dalam bidang Pendidikan Moral.

Tambahan pula, laman ini turut menyediakan video rakaman perbincangan para pensyarah UPSI dalam hal pembelajaran teradun iaitu kaedah dan tips yang bersesuaian dalam melaksanakan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) pada masa kini. Bukan itu sahaja, laman ini juga akan menyediakan pelbagai informasi terkini berkaitan dengan Pendidikan Moral. 



No comments:

Post a Comment

AKTIVITI 'OFFLINE'

"OFFLINE" atau di luar talian adalah salah satu inisiatif kaedah pembelajaran yang memungkinkan pengajaran dan pembelajaran berjal...

Pages