Kita hidup di zaman aplikasi. Tidak kira bidang pekerjaan, ada aplikasi untuk memudahkannya. Begitu juga dengan bidang pekerjaan guru. Setiap guru juga mempunyai cara untuk tetap teratur, tetapi tanpa bilik darjah dan pelajar untuk memberikan tugasan fizikal. Nampak sukar bukan?
Oleh itu, kami telah menyenaraikan banyak pilihan aplikasi yang berguna untuk segalanya, dari pengawasan kursus umum hingga komunikasi langsung dengan pelajar dan ibu bapa. Mari kita lihat beberapa aplikasi classroom untuk guru dalam talian.
1. Annotate.net
Aplikasi ini bertindak sebagai papan putih interaktif pelbagai fungsi. Anda boleh menulis, memberikan kuiz, buat paparan bahan malah jika murid ada peranti, mereka dapat melihat paparan dalam peranti mereka. Maknanya tidak perlu menggunakan projektor. Dalam keadaan lain, guru boleh menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Guru juga boleh buat rakaman pembentangan bahan dalam skrin.
Anda boleh muat turun aplikasi ini di pautan berikut
2. Doceri
Aplikasi Doceri ini mempunyai keupayaan untuk menjadikan tablet dan telefon pintar ke dalam papan putih mudah alih. Aplikasi ini membantu dengan proses penjelasan bahan-bahan yang ada di skrin dan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif.
Anda boleh muat turun aplikasi ini di pautan berikut
3. Cisco Webex Meeting
Aplikasi Webex Meetings adalah sebuah aplikasi yang digunakan untuk interaksi secara bermuka secara atas talian. Aplikasi ini amat sesuai untuk anda menjadikan salah satu aplatform sebagai kelas atas talian mahupun perjumpaan khas melibatkan jumlah pengunjung yang ramai dengan hanya berada di tempat anda masing-masing.
Anda boleh muat turun aplikasi ini di pautan berikut :
4. Easyclass
Easyclass adalah platform yang membolehkan pendidik membuat kelas digital di mana mereka boleh menyimpan bahan kursus dalam talian, menguruskan perbincangan kelas, memberi tugasan, kuiz dan peperiksaan, pantau tarikh akhir, memberi keputusan dan memberi maklum balas kepada semua pelajar di satu tempat.
Aplikasi ini juga menyediakan peluang unik untuk pengajar untuk melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti dan menawarkan dimensi baru untuk interaksi dan pembelajaran yang cekap.
Anda boleh klik pautan berikut untuk sign in secara percuma.
5. Google Classroom
Google Classroom adalah perkhidmatan web percuma yang dikembangkan oleh Google untuk sekolah yang bertujuan untuk membuat, menyebarkan, dan menilai tugasan dengan mudah. Tujuan utama Google Classroom adalah untuk melancarkan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar.
Google Classroom mengintegrasikan Google Docs, Google Sheet, Google Slide, Gmail, dan Google Calendar ke dalam platform yang kuat untuk menguruskan komunikasi pelajar dan guru. Pelajar boleh dijemput untuk menghadiri kelas dengan kod peribadi, atau secara automatik diimport dari domain sekolah. Guru boleh membuat, mengedarkan dan menandakan tugasan dalam ekosistem google.
Setiap kelas membuat folder berasingan dengan melalui Google Drive pengguna masing-masing, di mana pelajar boleh menghantar kerja untuk penilaian guru. Tugas dan tarikh akhir ditambahkan ke kalendar google, setiap tugasan boleh tergolong dalam kategori (atau topik). Guru juga dapat memantau kemajuan setiap pelajar dengan menyemak sejarah semakan dokumen, dan setelah dinilai, guru dapat mengembalikan kerja dengan memberikan komen.
Anda boleh klik pautan berikut untuk sign in secara percuma.
6. Skype
Skype merupakan aplikasi perisian yang membolehkan pengguna membuat panggilan suara melalui internet. Panggilan kepada pengguna lain menerusi Skype adalah percuma, manakala panggilan ke telefon bimbit atau telefon lain dikenakan bayaran melalui sistem akuan debit pengguna. Skype juga digunakan untuk menghantar mesej, fail atau sidang video contohnya pembentangan yang dibuat seperti menghadiri kelas atas talian. Namun begitu, bilangan peserta aplikasi Skype terhad kepada 50 orang sahaja.
Anda boleh muat turun aplikasi ini di pautan berikut :
Berikut merupakan contoh gambar pembentangan menggunakan aplikasi Skype.
7. Zoom Meeting
Seperti aplikasi Skpye dan Google Meet, aplikasi Zoom Meeting adalah salah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk mengendalikan kelas secara atas talian. Aplikasi ini juga boleh digunakan dalam berbagai peranti salular, desktop dan telefon pintar.
Anda boleh muat turun aplikasi ini di pautan berikut :
Berikut merupakan contoh gambar pembentangan menggunakan aplikasi Zoom Meeting
8. Telegram
Telegram ialah suatu perkhidmatan permesejsan segera dan protokol internet berasaskan pengkomputeran digabungkan dengan syarikat Telegram Messenger. Para pengguna perkhidmatan ini boleh menghantar surat, saling bertukar gambar, video, sticker, audio atau fail-fail berformat. Telegram ini juga boleh mejadi laluan murid untuk menghantar video yang bersaiz besar.
Anda boleh klik pautan berikut untuk mengetahui maklumat mengenai aplikasi Telegram.
9. Youtube
Laman web ini membenarkan para pengguna untuk memuat naik, menonton, menilai ulas, berkongsi, menambahkan ke kegemaran, melaporkan dan memberi komen kepada kandungan video dan ia menggunakan teknologi seperti WebM, H.264/MPEG-4 AVC dan Adobe Flash Video untuk memaparkan pelbagai jenis media video yang telah dihasilkan para pengguna. Kandungan yang tersedia di dalam YouTube ialah seperti klip-klip video dan rancangan televisyen, video muzik, filem pendek dan dokumentari, berita, rakaman audio, treler filem dan kandungan lain seperti blog video, video asli pendek dan video pendidikan. Dengan Youtube, para pendidik boleh menayangkan semula video pengajaran sama ada dalam bentuk powtoon ke dalam youtube untuk dipertontonkan semula oleh pelajar.
Anda boleh klik pautan berikut untuk mengetahui maklumat mengenai aplikasi Youtube.
No comments:
Post a Comment