VIDEO



Set Induksi berasal daripada perkataan 'induction' yang bermaksud 'giving rise to something' - membangkitkan, mewujudkan sesuatu kepada sesuatu perkara yang lain. Justeru itu, set induksi adalah tunjang kepada PdPc yang berkesan. Hal ini kerana set induksi boleh merangsang minat para pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta menerbitkan semangat ingin tahu mereka. Set induksi  yang menarik dan bersifat kreatif membolehkan murid menjadi lebih aktif untuk aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seterusnya. 

Selain itu, komponen-komponen utama dalam kemahiran set induksi juga lebih bersifat kepada  perkaitan kognitif pelajar yang mana guru membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid. Kesan ketara yang dapat dilihat melalui penggunaan set induksi sebagai permulaan PdPc adalah lebih kepada mempertingkatkan motivasi pelajar iaitu,dengan adanya pelbagai pendekatan yang diberikan guru pada bahagian set induksi, pastinya akan memudahkan pembentukan konsep. 

Seterusnya, murid akan berusaha ke arah jangkaan prestasi yang ditetapkan oleh guru. Malahan, pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat dengan pengajaran yang mereka akan pelajari, naluri ingin tahu murid juga dapat dipenuhi dan corak interaksi dua hala antara guru dan murid akan berubah-ubah dan ini akan mewujudkan pembelajaran yang menggalakkan. Kebiasaanya, set induksi yang terbaik adalah perlu ringkas yang mana memerlukan duriasi sekitar 5-10 minit untuk satu set pengajaran yang lengkap. 

Berikut merupakan link contoh video set induksi yang sesuai dan menarik berkaitan dengan topik-topik serta mengikut bidang subjek Pendidikan Moral setiap tingkatan. 








1 comment:

AKTIVITI 'OFFLINE'

"OFFLINE" atau di luar talian adalah salah satu inisiatif kaedah pembelajaran yang memungkinkan pengajaran dan pembelajaran berjal...

Pages