Pendidikan Sivik penting sebagai sebahagian daripada usaha untuk membentuk generasi Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme, mengetahui hak dan tanggungjawab sebagai warganegara serta memiliki akhlak mulia dan keperibadian tinggi dalam pelbagai konteks termasuk diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.
Bagi memastikan pelaksanaan Pendidikan Sivik ini berjalan lancar, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik yang merangkumi Modul Exemplar untuk kurikulum, Manual Perhimpunan Sekolah dan Amalan Nilai Murni serta Manual Amalan Pendidikan Sivik dalam kokurikulum. Guru-guru boleh menggunakan semua bahan-bahan tersebut sebagai asas untuk menggerakkan pengajaran sivik, namun dalam masa yang sama Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa terbuka untuk guru-guru menggunakan daya kreativi masing-masing dalam menyampaikan ilmu. Guru-guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral boleh menggunakan Modul Exemplar tersebut sebagai salah satu dokumen rujukan untuk merangka RPH dan RPT.
Berikut merupakan bahan sokongan serta panduan mengenai Pendidikan Sivik dalam Kurikulum. Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Pendidikan Sivik, anda juga boleh klik Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah.
MANUAL KESEDARAN SIVIK DAN AMALAN NILAI MURNI
MODUL EXEMPLAR PENDIDIKAN SIVIK (KURIKULUM)
- Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Menengah (RENDAH)
- Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Menengah (ATAS)
AMALAN NILAI MURNI DAN PENDIDIKAN SIVIK
MANUAL KESEDARAN
Rujuk Modul Exempler Pendidikan Sivik
Menurut cetusan idea YB Maszlee Malik menyatakan, pelaksanaan Pendidikan Sivik dilakukan secara bersepadu dan holistik dengan memberi penekanan terhadap LITERASI SIVIK (dalam bilik darjah) dan AMALI SIVIK (luar bilik darjah). Pelaksanaannya akan melibatkan pihak sekolah, komuniti, swasta dan kementerian. Hal ini menjelaskan bahawa elemen sivik perlu diterapkan secara berterusan kepada pelajar di sekolah sebagai bekalan mereka dalam menempuhi alam kehidupan yang lebih mencabar kelak.
Rujuk Modul Exempler Pendidikan Sivik
Berikut merupakan NILAI TERAS yang menjadi penekanan dalam Pendidikan Sivik di sekolah rendah mahupun menengah pada masa kini. Keempat-empat nilai ini perlu diberi penekanan oleh guru semasa sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Sejarah. Seterusnya tidak dikecualikan untuk dijadikan nilai teras dalam pengajaran peringkat Prasekolah.
Sumber diperolehi daripada :
No comments:
Post a Comment