BUKU TEKS DIGITAL



Buku teks digital adalah sebuah buku digital atau e-buku atau yang lebih tepat dikenali sebagai e-teks. Ia dijadikan sebagai panduan murid di dalam kelas semasa pembelajaran dan pengajaran berlangsung  dalam masa yang sama ia turut menjadi rujukan guru dalam merancang pengajaran harian masing-masing. Justeru itu, buku teks digital menjadi komponen utama dalam reformasi pendidikan berasaskan teknologi. Dengan teknologi ini para pendidik boleh menjadikan  e-teks untuk  kegunaan kelas secara tradisional, kursus dalam talian, peringkat siswazah mahupun kursus dalam talian yang lebih berskala besar. 

Buku teks digital lebih interaktif dan menarik. Ia dirancang untuk menarik minat pelajar untuk lebih aktif dalam pembelajaran di dalam kelas serta meningkatakn daya kemahiran pelajar dalam mengaplikasikan teknologi seiring dengan ciri-ciri yang terdapat di dalam e-teks tersebut yang lebih bercirikan  inovasi dapat membantu mereka belajar dengan lebih baik serta lebih banyak terlibat dengan bahan-bahan pembelajaran yang bersifat interaktif.

Versi digital buku teks ini juga boleh memuat video, animasi, dan audio yang akan membantu pembelajaran pelajar lebih menarik dan tidak bosan.

Berikut merupakan link-link buku teks digital Pendidikan Moral :







No comments:

Post a Comment

AKTIVITI 'OFFLINE'

"OFFLINE" atau di luar talian adalah salah satu inisiatif kaedah pembelajaran yang memungkinkan pengajaran dan pembelajaran berjal...

Pages